Monday, October 10, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2011 kepada murid-murid tingkatan 4A. Guna masa sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran dan berserah diri pada Allah. Semoga berjaya!

Monday, August 8, 2011

Inovasi Guru Biasa - 'Ortho Box'



Pengenalan konsep 'Ortho Box'

'Ortho Box' adalah inovasi dalam kategori menambah baik apa yang sedia ada. Konsep kotak memang telah popular dipakai untuk menerangkan konsep ortografik. Namun, terdapat beberapa kekurangan dalam konsep yang diguna pakai ini. Antaranya:

i.   Petunjuk sukuan pertama dan ketiga pada konsep kotak ini masih kabur.
ii.  Konsep kotak pada lukisan tidak interaktif dan rigit pada lakaran semata.
iii. Hubungkait di antara lukisan 2 dimensi dan 3 dimensi sukar difahami melalui pengalaman visual.




Kelebihan 'Ortho Box'

1.  Secara kasarnya, 'Ortho Box' hanyalah kotak lutsinar yang berlebal dan beberapa panel lutsinar. Binaan ringkas menjadi faktor dalam pembinaan kotak ini, bagi membolehkan murid-murid mudah untuk fokus kepada konsep yang diterapkan dalam binaannya.

2.  Mudah untuk dibuka dan dipasang komponennya menjadi faktor kepada kebolehan kotak ini dibawa ke mana-mana.

3.  Ruang yang optima bagi mengisi objek tiga dimensi yang dijadikan rujukan gambaran lukisan tiga dimensi, umpama membawa murid-murid memahami konsep ortografik dari tiga dimensi ke dua dimensi.

4. Panel lutsinar yang dijadikan tempat lakaran dua dimensi, membolehkan murid-murid membuat lakaran terus dari rujukan objek yang dilihat. Ini membolehkan mereka memahami konsep orthografik dari pengalaman visual.

5.  Beberapa blok model tiga dimensi boleh ditukar-tukar bagi memberi penekanan terhadap konsep lukisan orthografik sukuan pertama dan ketiga




Monday, July 11, 2011

Ujian Setara Bulan Julai 2011

Semoga semua murid dapat menghadapi ujian dengan jayanya.

Format ujian lukisan kejuruteraan:
- 3 soalan dari topik isometri dan oblik.

Tuesday, April 19, 2011

Peperiksaan Pertengahahan Tahun 2011

Assalamualikum dan salam sejahtera.
Makluman untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, peperiksaan kertas Lukisan Kejurteraan akan diadakan pada 18 Mei, bersamaan hari rabu. Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Wednesday, February 9, 2011

Penting

Kepada guru-guru atau murid-murid yang ingin menggunakan perisian dari syarikat Autodesk secara percuma boleh hubungi cikgu Amir untuk mendapatkan keterangan lanjut. Untuk makluman semua, Autodesk adalah pengeluar perisian terkemuka dalam banyak bidang seperti grafik dan kejuruteraan. Contoh perisian yang ditawarkan, Autocad, Maya dan 3D Studio. Semua pengguna berdaftar akan diberi lesen mengguna selama 3 tahun bukan untuk tujuan komersial. Rebutlah peluang ini untuk menguasai perisian-perisian yang digunakan oleh banyak syarikat di seluruh dunia. Terima kasih.